Friday, January 9, 2009

Drama Rahsia Hati Astro Prima

Rahsia Hati singkap konflik jiwa, emosi keluarga usahawan BUKAN mudah untuk menyaipakn produksi drama sebanyak 40 episod apatah lagi ia sebuah kisah berat yang banyak bermaind engan emosi dan permainan jiwa yang mendalam. Namun, pembabitan seluruh warga kerja dalam drama 40 episod berjudul Rahsia Hati (RH) ini bukan saja berjaya diterjemahkan oleh barisan pelakonnnya yang tetapi turut dikongsi oleh semua pekerja produksi hingga menimbulkan suasana penggambaran yang menyentuh hati dan kerap pula dilanda suasana syahdu. Apa yang dimaksudkan oleh pengarahnya, aktor dan aktres yang menjayakan drama berat ini sanggup memanipulasi emosi mereka sendiri untuk menjiwai mood dan karakter yang dipertanggungjawabkan biarpun mereka bukan berada dalam set. Kelebihan inilah yang bakal menjadikan drama bersiri ini satu kelainan apabila ia bakal menjengah di kaca Tv tidak lama lagi.
Setiap karakter yang wujud dalam RH ada menyimpan rahsia, dan secara berperingkat semua kekusutan akan terlerai dan segala rahsia akan tersingkap satu persatu..babak paling sukar dan berat iaitu di antara watak utama lakonan Rita Rudaini dan Aaron Aziz untuk disudahkan penggambarannya pada 8 November 2008.
Berbekalkan tagline 'Cinta lahir tanpa lafaz, cinta hadir tanpa sedar... kugenggam, ku pendam, cinta semadi dalam Rahsia Hati', drama ini turut dijayakan Arash Mohamad, Watie Sadali, Rosnah Johari, M Hafizuddin, Komeng dan Alex. Antara lain Rahsia Hati berkisar mengenai konflik keluarga seorang usahawan selepas kematian isterinya. Syamir (Aaron) adalah anak hasil perkongsian hidup dengan arwah isteri pertama usahawan itu. Syamir terpaksa melalui kemelut keluarga selepas ayahnya berkahwin lagi dengan Maria (Ifa Raziah). Cinta yang dijalin antara Syamir dan Kamelia (Rita Rudaini) juga melalui dugaan hebat apabila mereka berdua ditimpa kecelakaan jalan raya.

Drama Rozanna (Slot Samarinda TV3)

Guest Artist as 'Rozanna', Drama "Rozanna" for Samarinda TV3, produced by Suhan Movies & Trading, 14 episodes, directed by Amie Maziah, acted together with Rosyam Nor, Rita Rudiani, Eizlan Yusof, Datuk Rahim Razali, Watie Elite, Adiputra, Siti Fazurina- December 2008 ( Every Tuesday, Wednesday, Thursday 10:30pm-11:00pm TV3 )

Berita

JOHOR BAHRU - Pelakon Rita Rudaini, 32, yang berkahwin secara rahsia dengan teman lelakinya, Aidil Zafuan Abd. Radzak, 21, disahkan telah hamil.Sumber Kosmo! memberitahu, usia kandungan Rita kini sudah mencecah dua bulan setengah."Rita memang tertekan dengan keadaan yang berlaku sekarang tetapi sangat gembira kerana sudah disahkan mengandung dan dia juga masih mampu menjalani penggambaran sebuah drama bersiri dengan Suhan Movies pada ketika ini," kata sumber yang merupakan teman rapat pelakon jelita itu kepada Kosmo!.Bagaimanapun suami Aidil yang ditemui semalam enggan mengulas mengenai kehamilan isterinya. Dia berjanji akan menjelaskan segalanya dalam satu sidang akhbar beberapa hari lagi."Maaf, saya enggan komen. Satu sidang akhbar akan dibuat (tidak lama lagi). Ketika itu, abang (wartawan) boleh tanya macam-macam,'' ujarnya.Demikian komen ringkas Aidil ketika ditanya mengenai status Rita yang dikatakan sedang mengandung dua bulan setengah selepas perkahwinan rahsia mereka berdua di Songkhla, Thailand Februari lalu terbongkar baru-baru ini.Enggan bercakap banyak, Aidil bagaimanapun mengakui telah berjumpa keluarganya bagi menjernihkan keadaan dua hari selepas keluarganya membuat sidang akhbar di Seremban baru-baru ini. Rita bagaimanapun tidak ikut sekali dalam pertemuan itu.