Friday, January 9, 2009

Drama Rahsia Hati Astro Prima

Rahsia Hati singkap konflik jiwa, emosi keluarga usahawan BUKAN mudah untuk menyaipakn produksi drama sebanyak 40 episod apatah lagi ia sebuah kisah berat yang banyak bermaind engan emosi dan permainan jiwa yang mendalam. Namun, pembabitan seluruh warga kerja dalam drama 40 episod berjudul Rahsia Hati (RH) ini bukan saja berjaya diterjemahkan oleh barisan pelakonnnya yang tetapi turut dikongsi oleh semua pekerja produksi hingga menimbulkan suasana penggambaran yang menyentuh hati dan kerap pula dilanda suasana syahdu. Apa yang dimaksudkan oleh pengarahnya, aktor dan aktres yang menjayakan drama berat ini sanggup memanipulasi emosi mereka sendiri untuk menjiwai mood dan karakter yang dipertanggungjawabkan biarpun mereka bukan berada dalam set. Kelebihan inilah yang bakal menjadikan drama bersiri ini satu kelainan apabila ia bakal menjengah di kaca Tv tidak lama lagi.
Setiap karakter yang wujud dalam RH ada menyimpan rahsia, dan secara berperingkat semua kekusutan akan terlerai dan segala rahsia akan tersingkap satu persatu..babak paling sukar dan berat iaitu di antara watak utama lakonan Rita Rudaini dan Aaron Aziz untuk disudahkan penggambarannya pada 8 November 2008.
Berbekalkan tagline 'Cinta lahir tanpa lafaz, cinta hadir tanpa sedar... kugenggam, ku pendam, cinta semadi dalam Rahsia Hati', drama ini turut dijayakan Arash Mohamad, Watie Sadali, Rosnah Johari, M Hafizuddin, Komeng dan Alex. Antara lain Rahsia Hati berkisar mengenai konflik keluarga seorang usahawan selepas kematian isterinya. Syamir (Aaron) adalah anak hasil perkongsian hidup dengan arwah isteri pertama usahawan itu. Syamir terpaksa melalui kemelut keluarga selepas ayahnya berkahwin lagi dengan Maria (Ifa Raziah). Cinta yang dijalin antara Syamir dan Kamelia (Rita Rudaini) juga melalui dugaan hebat apabila mereka berdua ditimpa kecelakaan jalan raya.

9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. hai. minat sgtlah kat rita ni.. tp tercalar skitlah bila dia kawin lari... apa2 pun moga dapat anak yang comel dan baik

    ReplyDelete
  3. I love your acting with Aaron. Memang drama tu touching. I reserved the TV every time nak tengok drama rahsia hati sebab tv kat rumah I is alaway on my husband's channels that are national geographic, history and TVIQ. I suka sangat tengok you berlakon dengan Aaron. Lagi satu Cinta Gila. I never miss a single episode as if I missed I can always watch on youtube. Congratulations! keep up a good work. Bila lagi nak berlakon dengan Aaron?

    ReplyDelete
  4. i suka tgk rita n aaron....menjadi betull...tansion kalau missed sspecially bila outstation....penah skali tu outstation kat kelantan....kat hotel takder astro prima...so pegi makan kat gerai..tgk ader astro...siap ckp kat tokey kedai...mlm rabu i nk tgk astro prima kul 9 kat gerai dia boleh tak...kira siap mkn kat situ laa....ni tgh bedebar gak nk tunggu ending ni....hopefully ending tu nanti kamilia kawin ngan syamir...baru ngamm...

    ReplyDelete
  5. sangat la minat giler tengok citer ni... xpernah miss.. lau xdapat tengok pun mesti akan nantikan siaran ulangannyer..
    huhuhu.... tp sangat la kecewa... naper kamelia xkawin ngan shamir....

    ReplyDelete
  6. sngt truja.aaron so sweet n gentlemnt

    ReplyDelete
  7. He he, kredit to alang Shahir @ youtube

    ReplyDelete